السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 1 Jdl. Akhir 1435H)
Fitnah Dajjal Sedang Berlaku.
Dajjal dari segi bahasa berasal dari perkataan `dajala', bererti berdusta dan menutup. `Dajala haq bil batil' ertinya menutupi atau mencampuradukkan yang hak dengan yang batil. Disebut dajjal kerana menutupi kebenaran dengan perbuatan dan kata-kata dustanya.
Disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah saw :
"... Jika Dajjal keluar dan aku berada di hadapan kamu, maka aku melawannya membela kamu. Tetapi jika ia keluar dan aku tidak di antara kamu, maka setiap orang membela diri sendiri. Allah akan melindungi setiap muslim. Dajjal adalah pemuda berambut kerinting, mata (kirinya) menonjol, seperti saya umpamakan dengan Abdul `Uzza bin Qathan. Siapa yang menjumpainya, maka bacalah awal surah Al-Kahfi. Dajjal akan keluar di antara jalan Syam dan Irak. Berjalan membuat kerosakan di kanan dan di kiri. Wahai hamba-hamba Allah, tetap teguhlah (pada ajaran Islam)." (HR: Muslim)
"Setiap negeri pasti didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah." (HR: Muslim)
"Mengikuti Dajjal 70 ribu orang-orang Yahudi dari Asbahan yang memakai topi." (HR: Muslim)
"Setiap Nabi pasti memperingatkan kaumnya dengan si buta pendusta. Ingatlah bahwa Dajjal adalah buta, dan Rabb kamu Azza wa Jalla tidak buta. Dajjal ditulis di antara kedua matanya k f r (kafir)." (HR:Muttafaqun alaihi)
"Mahukah aku ceritakan berita tentang Dajjal, sesuatu yang pernah diceritakan setiap nabi pada kaumnya. Dajjal adalah buta, dia datang dengan sesuatu seperti syurga dan neraka. Apa yang dikatakan syurga adalah neraka." (HR: Muttafaqun `alaihi)
PENCERAHAN :
Fitnah Dajjal mampu menyebabkan orang yang beriman menjadi sesat dan kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, di samping ada Dajjal yang sebenar, ada juga manusia-manusia yang mempunyai karakter seperti Dajjal. Oleh kerana itu umat Islam juga mesti berwaspada dengannya.
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.