Ilmu Akhir Zaman



LAGI SENAPANG BUATAN SENDIRI DIRAMPAS

ALOR SETAR,15 April 2014 – Bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,Senior DCP Dato Ahmad’ bin Ibrahim Ketua Polis Kedah telah mengadakan sesi sidang media berkaitan tangkapan dan rampasan senjata kira-kira jam 3.00 petang tadi.Turut sama dalam sesi sidang media tadi DCP Dato' Zaleha bt Abdul Rahman Timbalan Ketua Polis Kedah,ACP Nashir Ya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan ACP Adzaman bin Mohd Jan Ketua Polis Daerah Kota Setar.

Bertarikh 2 April 2014 lebih kurang jam 3 pagi,sepasukan polis dari cawangan siasatan jenayah IPD Kuala Muda telah membuat serbuan di sebuat rumah di alamat Kampung Betong ,Mukin Jeneri 08320 Sik Kedah.Hasil dari serbuan,pihak polis telah berjaya menahan 1 lelaki warga tempatan berumur 35 tahun dan merampas 1 unit bahan peletup (detonator),1 laras senapang ikan,sebungkus serbuk putih berbiji dan dua gulung wayar berwarna hitam di dalam rumah.

Selain itu juga,serbuan turut menjumpai selaras senapan angin buatan sendiri hasil dari tunjuk arah oleh tangkapan yang menyembunyikan senapang angin tersebut di lokasi yang lain.
Kes disiasat di bawah Sek 8 Akta Senjata 1960.


SUMBER FB POLIS KEDAH




Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan