Ilmu Akhir Zaman



ORANG RAMAI DIGESA BANTU BERI MAKLUMAT BERHUBUNG KES SIMBAH ASID

Kota Kinabalu, 19 April - Pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian simbah asid di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, tampil membantu siasatan.  

Dalam kejadian tersebut seorang remaja perempuan cedera parah di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri ketika sedang bersarapan bersama rakannya.  "Difahamkan mangsa, Memey Kandusan, 19, sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi,” ulas Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar.  

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth. Motif kejadian masih di dalam siasatan pihak polis.  

SUMBER FB PDRM

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan