Ilmu Akhir Zaman



PADAH CUBA SOGOK ANGGOTA POLIS

HULU SELANGOR, 17 April - Akibat daripada tindakan cuba memberi wang sogokan kepada anggota polis, seorang lelaki warga Bangdesh ditahan oleh pihak polis atas kesalahan cuba memberi rasuah.

Lelaki tersebut ditahan oleh anggota polis dari Unit Kereta Peronda MPV yang sedang melakukan rondaan di Jalan Kampung Koskan, Sg. Choh Serendah sekitar jam 10.30 malam tadi. 

Pemeriksaan yang dilakukan terhadap lelaki tersebut mendapati permit kerjanya telah tamat tempoh.

Walau bagaimanapun lelaki tersebut cuba bertindak memberi wang sogokan sebanyak RM450.00 kepada anggota polis walaupun telah beberapa kali diberi amaran bagi melepaskannya daripada kesalahan permit tamat tempoh. Namun tindakannya mengundang padah dan dia ditahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan kerana cuba memberi rasuah kepada Penjawat Awam.


SUMBER FB POLIS SELANGOR

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan