Ilmu Akhir Zaman



Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Nur Kehidupan Johor

Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Nur Kehidupan
mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Makanan :
 Bahan makanan asas basah dan kering. Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya.

Keperluan diri dan sekolah: 
Antaranya alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah. sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain, juga pakaian (baru atau terpakai)

Peralatan Pejabat :
 ( Baru / Terpakai ) Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian, sofa.

Peralatan Rumah :
Mesin basuh, katil 2 tingkat, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll

Kenderaan :
Kereta, van atau bas. (Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu sakit , menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.
(Sekiranya barangan yang disumbangkan melebihi keperluan,
PJNM akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan seperti asrama-asrama kebajikan yang lain, sekolah tahfiz /agama, ke rumah individu yang dikenalpasti perlukan bantuan.)

Sumbangan untuk pembangunan: 
Memasang jubin lantai, papan tanda di simpang jalan, tangki air pagar, pondok rehat, pokok-pokok lanskap, bumbung asbestos atau genting, memasang awning dan lain-lain kerja untuk membaik pulih bangunan. Kerja-kerja ini sedang diusahakan dari masa ke semasa sebaik sahaja mendapat dana yang mencukupi.

SUMBANGAN WANG TUNAI
Sumbangan wang tunai atau cek boleh dibuat dalam tiga bentuk:

i)  Sedekah
    Sedekah kepada golongan ini adalah dikira sebagai sedekah jariah. Selepas mati, terputuslah semua amalan seseorang melainkan 3, iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang diajarkan kepada orang. Terlalu banyak fadilat sedekah.

ii)  Bayaran zakat kepada badan tidak rasmi
    Kesemua penghuni dan mereka yang dinaungi oleh Pusat Jagaan Nur Maghfirah adalah layak untuk menerima zakat. Justeru itu, anda boleh menyumbangkan bayaran zakat anda kepada PJNM sebagai sebuah badan tidak rasmi (melainkan zakat fitrah)

iii) Saluran untuk mendapatkan pelepasan cukai LHDN
    Sumbangan kepada PJNM  sebanyak RM500 ke atas akan diberikan resit pelepasan cukai LHDN atas permintaan.  Anda boleh menolaknya dari jumlah cukai pendapatan yang anda perlu bayar setiap tahun.
     Sumbangan hendaklah dibuat atas nama:

Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Nur Kehidupan

Post a Comment

0 Comments

Ulasan