ROKOK BERNILAI RM53 RIBU DIRAMPAS

Muar, 15 April - Sebanyak 529 karton rokok kretek dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) di sebuah rumah di Jalan Salleh, Johor Bharu tengah hari tadi.

Serbuan yang diketuai oleh ASP Nordin Osman dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam dan telah menemui pelbagai jenis rokok kretek yang disimpan di rumah tidak berpenghuni itu.

Komander PPM W2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 53,020.80 dan tiada sebarang penahanan dilakukan dalam serbuan tersebut.

Hasil rampasan dibawa ke markas PPM W2 dan disiasat dibawah Seksyen 135 (1d) Akta Kastam 1967


SUMBER FB POLIS JOHOR



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan