Ilmu Akhir Zaman



TIADA BUKTI KEMATIAN ELYSHA AKIBAT KEKERASAN JENAYAH,ROGOL

KUCHING:Keputusan bedah siasat mayat Elysha Natasha Shukri,kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Simunjan menolak kemungkinan mangsa mengalami kekerasan jenayah atau dirogol.

Ketua Polis Daerah Simunjan Deputi Suprintenden Choo Yin Kok berkata,berdasarkan laporan perubatan,tidak ada kesan kecederaan yang membawa kematian atau kesan koyakan pada kemaluan ditemui pada mayat mangsa,namun mangsa dipercayai menghidap sejenis penyakit.

"Mangsa mengalami jangkitan pada organ dalaman yang menyebabkan darah mengalir keluar melalui saluran air kencing.

"Tidak ada kecederaan mencurigakan ditemui.Tidak ada juga kesan kemasukan atau koyakan di bahagian kemaluan",katanya dalam sistem pesanan ringkas kepada pemberita,semalam.
Choo berkata beberapa pakar pergigian dari Hospital Kuala Lumpur yang diterbangkan ke sini untuk membantu siasatan mendapati kesan gigitan di lengan mangsa bukan diakibatkan orang dewasa.

"Gigitan selaras diakibatkan oleh seorang kanak-kanak," kayanya.

Katanya polis juga melepaskan suspek-suspek direman iaitu ibu dan bapa saudaranya serta-merta.

Pada jumaat lalu,mangsa yang merupakan murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sageng ditemui mati dengan kesan pendarahan di kemaluan dan gigitan di tangan.

Pihak polis menahan bapa saudara mangsa berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah sekolah sejurus menerima laporan daripada Hospital Simunjan berhubung kejadian itu pada jam 9.45 malam.

Manakala ibu saudara mangsa yang merupakan seorang guru berusia 44 tahun,ditahan di rumah mereka jam 10.30 pagi ahad bagi membantu siasatan.

Mangsa tinggal bersama ibu saudara dan bapa saudaranya kerana ibunya yang merupakan ibu tunggal,tinggal dan bekerja di Serian.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan sebaik semua urusan selesai,pagi semalam.

Sumber:Utusan Borneo

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan