Ilmu Akhir Zaman



JUAL MERCUN, SEORANG LELAKI DITAHAN

Kuantan, 6 Julai- Seorang lelaki ditahan dalam serbuan sepasukan Polis Marin di sebuah pasar malam kerana menjual dan memiliki mercun di Jalan Sungai Lembing, kelmarin.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah merampas sebanyak 227 bungkus pelbagai jenis mercun dalam sebuah kereta yang dibawa suspek berusia 38 tahun di pasar malam.

Menurut Komander PPM Wilayah Tiga ACP Azmi Ibrahim ekoran daripada penahanan suspek telah membawa kepada penemuan 192 bungkus mercun lagi di semak belakang rumah milik ahli keluarga suspek.

"Anggaran nilai keseluruhan mercun yang dirampas RM2,000 dan suspek ditahan di bawah Akta Bahan Letupan 1957," katanya lagi.


SUMBER : FB PDRM

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan