Ilmu Akhir Zaman



KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS KUALA LUMPUR. OPERASI DADU KHAS

Kuala Lumpur, 5Julai 2014 : Tindakan terhadap kegiatan mesin perjudian berkomputer.

Tindakan secara agresif menangani kegiatan mesin perjudian berkomputer di sekitar Kuala Lumpur telah bermula sejak 22 Julai 2013 melalui operasi khas yang dinamakan Op Dadu Khas secara berterusan, terancang dan teratur serta bersepadu. Dalam tempoh ini sehingga 4 Julai 2014 sejumlah 8185 serbuan telah dijalankan menghasilkan tangkapan penjaga seramai 1064 orang dan 1266 orang pemain dengan rampasan wang RM 172, 519 dan 15,286 set komputer berunsur perjudian.

Di samping itu pemakluman juga disampaikan kepada TNB/PBA/DBKL tentang pemutusan letrik dan air serta premis yang digunakan untuk aktiviti perjudian dengan tujuan pembatalan lesen premis dan perniagaan.

Sementara itu operasi untuk menangani perjudian Bola Sepak Piala Dunia di bawah Op Soga V 2014 telah bermula sejak 26 Mei 2014 dan sehingga 4 Julai 2014 walaupun ia masih berterusan bagi Polis Kontinjen KL telah berjaya menjalankan 8 serbuan dan menangkap 8 lelaki tempatan dengan rampasan pelbagai peralatan perjudian seperti telefon bimbit, komputer riba, catatan bertulis, wang tunai bernilai RM62,555 dengan anggaran pertaruhan antara RM5,000 hingga RM500,000.


SUMBER : FB POLIS KL

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan