Ilmu Akhir Zaman



REMPUH POLIS

Johor Bahru: Sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga asing bertindak agresif dengan merempuh anggota polis untuk melarikan diri ketika diperiksa selepas ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tempat mereka bekerja di Jalan Stulang Laut, jam 9.30 malam kelmarin.

Tindakan itu mencetuskan sedikit kekecohan namun ia berjaya dikawal anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang sudah mengepung keseluruhan lokasi terbabit.

Dalam serbuan yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Johor Deputi Superintendan Adzli Abu Shah, ada dikalangan wanita terbabit bersembunyi di dapur pusat hiburan itu selain di dalam lubang angin, almari dan di bawah meja.

Hasil pemeriksaan, 80 wanita warga Vietnam selain tiga dari China berusia 16 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan Polis turut memeriksa 43 pelanggan pusal hiburan terbabit termasuk tiga wanita untuk direkodkan keterangan.
Adzli berkata, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun turut ditahan kerana mengganggu tugas polis.

Lelaki terbabit kemudiannya ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. "Pemeriksaan lanjut terhadap wanita warga asing yang ditahan mendapati lapan daripadanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Yang lain pula ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjadi GRO di pusat hiburan terbabit," katanya.

Menurutnya, wanita yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(3) dan 39(B) Akta Imigresen 1959/63.


Sumber: Harian Metro

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan