ANWAR - THE UNTOLD STORY (2023)
YANG UNTOLD TU APA MASALAHNYA?
Dir : Viva Westi
Genre : Sejarah Tingkatan 12
Origin : 31 Ogos 1957
ULASAN :
Tahun 1998, Malaysia gempar bila DS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM. Satu Malaysia terkejut termasuklah Haji Senin yang hampir kemalangan akibat melanggar kura-kura melintas jalan usai pulang dari membeli minyak rambut Tancho di Pasar Tani.
Susulan pemecatan itu, wartawan terpaksa kerja overtime untuk melaporkan berita yang sahih dari masa ke semasa demi rakyat jelata macam kau yang tengah baca tu haa.
Terima kasih reporter!
SINOPSIS :
1. Waktu negara riuh dengan gerakan Reformasi 1998 dulu, aku pulak tengah lalui era menjadi ranum dan hensem.
2. Rambut belah tengah, pakai sweater sukan Adibas beli kat pasar malam, naik kapcai bontot senget-senget, nikmat gaya kacak apa lagi yang awek nak dustakan?
3. Namun, kacakku tak menghalang aku untuk cakna pada gelombang reformasi yang melanda negara.
4. Untuk mendapatkan informasi, aku tengok berita, baca paper, tengok wrestling WWF dan juga menyibuk dalam sesi berbawang geng songkok hitam vs kopiah putih sambil menjaja kehenseman ini pada awek kedai kopi tersebut yang asyik menjeling. Hurmm, mesti sebab sweater Adibas abang kan?
5. Masa berlalu, Bang Non keluar jel, masuk parlimen, keluar mahkamah, jadi PMX dan tiba-tiba... Eh! Ada filem pasal dia pulak! Fuyoosss!
6. Okay, untuk kejadian sebesar bekas TPM kena tangkap masuk jel mata lebam yang satu planet dah tahu, apa benda yang kau nak untold-kan lagi?
7. "Dengan lakonan semula tu biar rakyat faham erti perjuangan melawan rasuah..."
8. Kah kah kah! Takde maknanya bang! Dari tengok lakonan, baik tengok You Tube ceramah Bang Non zaman reformasi atas lori bang!
9. Jadi, apa benda yang nak di-untold-kan sangat padahal semua benda dah di-told?
10. Nak cerita untold ni kan, bagi aku la, bukan hal kau nak cerita balik apa dah jadi, tapi ianya pasal apa yang kita tak rasa atau faham perasaannya walaupun kita dah tahu pasal cerita tu.
11. Contoh macam kejadian tsunami dalam filem The Impossible (2012). Tsunami tu orang Planet Nameck pun dah tahu, tapi yang mungkin kita tak tahu atau faham ialah, apa perasaan di sebalik kejadian tu.
12. Dan dengan tengok Naomi Watts berlakon tu, kita dapat la faham dan rasa, "Ohhh, susah ek dorang nak move on..." Itulah untold-nya.
13. So, Filem Anwar : The Untold Story ni, dia buat tak benda tu?
14. Filem ni bagi aku, berjaya la moment untold tu dibuat melalui beberapa babak-babak pilihannya.
15. Contoh babak Azizah tunggu luar Bukit Aman berjam-jam nak tahu apa jadi kat laki dia. Secara told-nya, dah dia bini, mestilah akan gelabah resah nak tau laki kat mana kan.
16. Tapi yang menjadikan ianya untold adalah, manifestasi perasaan Azizah sebagai isteri. Dari scene tu, kita dapat lihat resah Azizah tu diekstrak sebagai kekuatan untuk dia terus bersama Anwar.
17. Bagi aku, terjemahan perasaan begini la yang menceritakan apa yang untold sangat tu. Macam scene Izzah tengok TV bapak dia berucap. Sisi untold-nya mungkin, "Oh patutlah Izzah masuk politik!"
18. Dan Bang Non pun ada babak untold-nya bila dia suruh adik beradik dia tolak tender kerajaan masa dia jadi Menteri Kewangan atau babak tengok murid berebut jamban kat sekolah pendalaman.
19. Bagi aku la, dua babak Bang Non tu sebenarnya dah cukup kuat untuk nak ceritakan 'This is the Untold Side of Anwar'. Atau babak halusinasi dalam lokap tu. Okay dah tu.
20. Tapi tu la, yang aku jadi tak best-nya bila graf perasaan atau moment untold tu tak disusuli jiwanya bila diselang seli dengan sisi cerita yang satu Malaysia dah tahu. Jadinya, menonton filem macam dengar ceramah SPRM pulak.
21. Wicis, untuk peminat PMX bagi aku okaylah, tapi bagi peminat filem yang tak bias, aku rasa ianya akan buat filem ni tak akan diingati sebab dramatik perasaannya, tapi sebab filem ni cerita pasal Anwar je.
22. Hal lakonan ke, atau isi cerita yang nak bertatakelola ke jadi punca, itu aku tak tahulah, tapi aku rasa filem ni macam tak menyempat nak siap.
23. Macam, "Bang Non dah jadi PM wei! Kita kena siapkan filem ni sebelum Langkah (isi sendiri nama hotel pilihan anda...)"
24. Kesimpulannya, filem ni sesuai ditonton oleh penyokong mana-mana parti sama ada Republikan, Demokrat, Parti Cap Buruh atau Party in the USA oleh Miley Cyrus.
25. Oh ya. Cuba baca buku Tafsir Tok Guru Nik Aziz. Feel wei. Macam Tok Guru ceramah dalam masjid.
#copyandpaste
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.