Sebilangan perempuan Melayu ternyata memandang rendah lelaki sebangsa, 'low class', layu dari segala aspek berbanding lelaki asing, kata mereka.
Menurut mereka, lelaki Melayu tidak ‘gentleman’, mungkin kerana jarang membukakan pintu kereta untuk mereka masuk. Lelaki barat, bukan sahaja membuka pintu kereta malah membuka pintu restoran, pintu kedai, pintu butik dan banyak lagi pintu untuk perempuan.
Perempuan Melayu juga merungut, kata mereka lelaki Melayu tidak romantik. Mungkin kerana jarang mengundang mereka untuk ‘candle light dinner’, disisip dengan madah indah.
Oh! Satu lagi, sebelum terlupa. Lelaki Melayu didakwa suka mengambil kesempatan, antaranya jika keluar makan bersama kekasih, pasti perempuan akan menjelaskan bil.
Jika ada lagi sifat buruk lelaki Melayu, mungkin pembaca perempuan Melayu boleh tambahkan. No hard feeling kepada pembaca lelaki, khususnya lelaki Melayu.
Tetapi sebelum melontarkan komen, fikirkan masalah perempuan Melayu berkahwin atau mempunyai kekasih lelaki asing.
Dilaporkan lebih 50 gadis Melayu kini masih menetap di Lombok, Indonesia. Lelaki Lombok bijak memujuk, romantik dan petah berkata-kata Sebahagian gadis terbabit berjaya dibawa pulang ke Malaysia, kata mereka, hidup di sana menyeksakan, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang, macam ayam. Tanya Maslina Maulat, Che Siti Nor Azreen dan Nurul Wahida Hamzah, cerita mereka pasti sama, ungkapan manis dan keromantisan lelaki Lombok tidak boleh dihidangkan menjadi makanan.
Sebilangan perempuan Melayu juga ternyata menggilai lelaki Bangladesh. Mungkin kerana hidung mereka lebih mancung berbanding hidung kebanyakkan lelaki Melayu, penyet. Lelaki Bangladesh dianggap ‘Shah Rukh Khan’ semasa dikenali di Malaysia. Sudah berkahwin, dibawa pulang ke negara asal, hidup terseksa dilayan umpama hamba abdi. Tersedar hakikat hidung mancung tidak bermakna, memohon ‘diselamatkan’ dan kembali ke tanah air.
Ramai juga perempuan Melayu mencari kekasih warga Afrika. Mungkin kerana mereka ‘besar’ dari segala aspek berbanding fizikal lelaki Melayu. Memang segelintir lelaki Melayu terbabit merogol dan meliwat. Malah sebilangan merelakan diri mereka diliwat berulangkali secara sukarela tetapi lelaki Melayu tidak merogol, meliwat dan membunuh anak kecil berusia 3 tahun! Satu lagi, mungkin lelaki Afrika mampu membayar bil jika makan bersama kekasih perempuan Melayu tetapi selalunya mereka juga turut ‘dimakan’ dan ‘diratah’ dek lelaki sama.
Dua hari lalu, seorang ibu merayu kalau pihak tertentu yang boleh membawa pulang anak dari negara Nepal,hidup anaknya disana penuh dengan tragis.
Cinta sejati membawanya ke Nepal untuk tinggal bersama suami dengan meninggalkan ibu bapa di tanah air, namun pengorbanan itu akhirnya membawa penderitaan apabila hidupnya bertukar ibarat hamba abdi di bumi asing.
Itulah nasib menimpa Nur Sri Rahayu Marimon, 24, yang kini terpaksa bekerja sebagai pemecah batu dan mencari kayu api untuk menyara kehidupannya bersama dua anak di Pathari 1 Morang, kira-kira 450 kilometer dari Kathmandu, Nepal. Suaminya warga Nepal kini meninggalkannya untuk bekerja diluar negara.
Jadi, kepada sebilangan perempuan Melayu kerap memandang rendah lelaki sebangsa, berfikir secara teliti terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang bentuk penghinaan kerana lelaki asing juga terbukti tidak sebaik mana.
sumber fb VAT69
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.