POLIS TELAH AMBIL KETERANGAN WAKIL INAP DESA

George Town, 21 April - Polis telah mengambil keterangan daripada wakil inap desa yang dijadikan tempat meraikan pesta hari jadi sekumpulan remaja di Jalan Masjid Negeri, di sini awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata siasatan awal mendapati pengurusan inap desa itu hanya dimaklumkan satu majlis sambutan hari jadi akan diadakan di banglo tiga bilik itu.

"Inap desa itu diuruskan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan mengenakan bayaran sewa sebanyak RM500 sehari dan kami telah memanggil wakilnya semalam untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes itu.

"Wakil NGO itu turut memaklumkan, seorang lelaki berusia 27 tahun yang membuat urusan menyewa banglo berkenaan untuk mengadakan majlis hari jadi, mereka (NGO) tidak mengesyaki apa-apa kerana dia (penganjur) telah berjanji akan mematuhi syarat ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Dalam serbuan unit narkotik polis awal pagi semalam, 88 individu berusia 16 hingga 35 tahun, termasuk 38 wanita, ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini.

Hasil saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.


Siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah. - BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan