AMPANG, 10 April - Cubaan seorang lelaki melakukan jenayah pecah kenderaan gagal apabila suspek berjaya dicekup oleh anggota polis yang sedang melakukan tugas rondaan di sekitar tapak pasar malam Taman Melawati, Ampang sekitar jam 8.00 malam tadi.
Angota polis yang ternampak seseorang sedang menyuluh sebuah kereta terus menghampiri kereta tersebut. Suspek yang menyedari kehadiran polis terus cuba melarikan diri, namun suspek berjaya ditahan dan ketika ditahan suspek dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.
Pemeriksaan oleh polis telah menjumpai satu batang besi yang dipercayai alat yang digunakan untuk membuka pintu kereta. Turut ditemui beberapa peralatan pecah kenderaan.
Suspek yang ditahan berumur lingkungan 49 tahun dan dipercayai aktif melakukan jenayaj pecah kenderaan di sekitar Gombak dan Ampang. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
SUMBER FB POLIS SELANGOR
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.