Kuala Lumpur, 2 April 2014 - Pada 19 Mac 2014 telah berlaku satu kejadian samun kabel elektrik disebuah tapak pembinaan perumahan, Presint 11, Putrajaya dipercayai dilakukan oleh 7 hingga 8 suspek dipercayai warga asing. Kerugian dianggarkan lebih kurang RM90,000.00 melibatkan kehilangan beberapa gulung kabel letrik dan peralatan pejabat tapak projek berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur YDH. SAC Gan Kong meng berkata, ‘susulan kejadian tersebut pada 27 Mac 2014, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas IPK Kuala Lumpur dan IPK Selangor telah menjalankan Operasi Khas bagi mengesan suspek yang terlibat dan hasilnya berjaya menahan (2) buah kenderaan di kawasan Tol Sri Alam, Lebuh Raya Klang / Kuala Lumpur. Ketika pemeriksaan hendak dilakukan (4) orang penumpang dari salah sebuah kenderaan yang ditahan bertindak melarikan diri namum pasukan polis berjaya menangkap 7 orang suspek warga asing yang tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah selepas berlaku sedikit pergelutan’.
Pemeriksan ke atas sebuah lagi kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berjaya menemui beberapa gulung kabel elektik pelbagai saiz dipercayai dicuri dari bilik pameran kereta mewah di kawasan berhampiran. Pihak polis juga telah merampas (2) bilah pemotong besi disyaki peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel elektrik berkenaan.
Siasatan lanjut telah dijalankan dan pada 1 April 2014 Polis Kuala Lumpur telah membuat serbuan disebuah kedai perniagaan barang-barang terpakai di Batu 7½, Jalan Sg. Besi, Kuala Lumpur. Tangkapan telah dibuat ke atas (4) orang lelaki warga asing yang juga pekerja kedai berkenaan kerana tiada dokumen pejalanan yang sah dan mengaku pernah menerima barang-barang berupa kabel elektrik dari kumpulan warga asing yang sedang disiasat.
Dengan tertangkapnya kumpulan ini polis percaya telah berjaya menyelesaikan (2) kes curi kabel yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan Selangor. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan Samun Berkawan Tanpa Senjata Api’.
Dalam kes berasingan pula, dua lelaki dan seorang perempuan Melayu telah ditahan bagi membantu siasatan kerana terlibat melakukan samun disebuah kedai 24 jam 7-Eleven di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2014 melibat kerugian RM30,000.00. Tangkapan pertama dibuat ke atas seorang lelaki berumur 26 tahun dan berkerja sebagai bouncer di kelab malam berdekatan tempat kejadian oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas IPK Kuala Lumpur.
Siasatan yang dijalankan mendapati suspek merupakan teman lelaki kepada Pengurus cawangan kedai 24 jam berkenaan iaitu wanita yang ditahan bersama suspek dan juga seorang penjawat awam yang telah tidak hadir bertugas sejak tahun 2012. Suspek mengaku terlibat melakukan jenayah berkenaan bersama seorang lagi rakan sekerjanya. Pasukan polis telah dibawa ke sebuah flat di Taman Desa Kuala Lumpur dan berjaya menahan seorang lelaki berumur 23 tahun serta merampas wang tunai sebanyak RM6,000.00 juga sebuah telefon bimbit untuk siasatan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur menambah, ‘punca kejadian dipercayai kerana suspek telah berhutang dengan peminjam wang tanpa lessen dan terlibat dalam permainan judi internet. Kesemua suspek telah ditahan reman selama 4 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan Samun Tanpa Senjata Api’.
sumber FB Polis KL
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.