Petaling Jaya, 16 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.
Beliau menegaskan semua pengguna laman sosial seperti Facebook dan penulis blog perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama yang mungkin menyentuh sensitiviti kaum.
"Kita akan ambil tindakan di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) jika perlu. Kita ada kebebasan bersuara tetapi ada batasannya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Masyarakat kepada Polis Diraja Malaysia di sini.
Khalid menarik perhatian bahawa beliau baru saja menerima satu laporan berhubung tindakan pihak tertentu mempersoal isi kandungan khutbah Jumaat dan nasihat bagi orang Islam berhubung sambutan Hari Valentine.
Menurutnya, peringatan itu dibuat bagi mengelak kewujudan suasana kurang senang dalam negara.
BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.