Ilmu Akhir Zaman



KENDERAAN ORANG BESAR JAJAHAN HILIR PERAK DIBALING TOPI KELEDAR

Ipoh, 25 Feb - Kenderaan yang membawa Orang Besar Jajahan (OBJ) Hilir Perak dibaling topi keledar oleh dua suspek menaiki sebuah motosikal berhampiran Klinik Kesihatan Kampar, Jalan Degong di Kampar dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata kejadian kira-kira 3.40 petang itu menyebabkan cermin hadapan kenderaan jenis Honda CRV itu pecah.

"Semasa melalui jalan berkenaan pemandu Honda CRV ternampak sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran tidak jelas dinaiki dua lelaki di sebelah kanan jalan dan telah membaling topi keledar. Cermin hadapan kenderaan pecah akibat balingan itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pengadu memberitahu polis punca kejadian tidak dapat dikenal pasti memandangkan dirinya tidak mempunyai masalah dengan sesiapa manakala OBJ juga tidak mempunyai sebarang musuh.

"Ia adalah kejadian kali pertama yang dialaminya sejak tiga tahun bekerja dengan OBJ tersebut.

Suspek disyaki membaling topi keledar itu secara rambang dan setakat ini tiada sesiapa disyaki dalam kejadian tersebut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan menyebabkan kerugian, katanya. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan