Dungun, 25 Feb - Seorang penduduk kampung yang bersiar-siar di sekitar di Pantai Rantau Abang di sini terkejut apabila menemui rangka seorang manusia di pesisir pantai berkenaan, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata rangka manusia dengan keadaan separuh daripada badannya telah tiada itu ditemui pada kira-kira pukul 4.30 petang.
"Tiada sebarang identiti pada rangka tersebut dan pihak polis kini masih menyiasat kes berkenaan," katanya.
Ahmad Zailani berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan orang di sekitar kawasan tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Mayat dihantar ke hospital Dungun untuk dibedah siasat.
- BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.