Ilmu Akhir Zaman



LIMA AHLI 'GENG YAZID' DICEKUP

POLIS Sibu berjaya menahan lima penjenayah dipercayai anggota ‘Geng Yazid’ semasa mereka sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Tuanku Osman, awal pagi semalam.

Kelima-lima suspek ditahan pada jam 2 pagi semalam selepas pihak polis mengesan kenderaan pacuan empat roda yang digunakan oleh kumpulan terbabit bagi melakukan pecah rumah sebuah rumah di Taman Li Hua, minggu lepas.

Dalam kejadian minggu lepas itu, pemilik rumah terbabit mengalami kerugian dianggarkan RM40,000 setelah rumahnya dipecah masuk.

Berikutan itu, pihak polis berjaya mengesan identiti suspek serta kenderaan yang digunakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mangsa.

Hasil maklumat yang diperolehi, pihak polis berusaha mengesan anggota kumpulan terbabit yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar Sibu, Sri Aman dan Kuching.

Terdahulu, pihak polis mengesan kenderaan pacuan empat roda berwarna putih itu di Sungai Merah.

Hasil intipan, pihak polis menemui kenderaan itu di Jalan Tuanku Osman ketika anggota kumpulan sedang berseronok di pusat hiburan terbabit, awal pagi semalam.

Sementara itu, pemilik rumah di Taman Li Hua mengenal pasti salah seorang suspek berdasarkan kasut sukan miliknya yang dipakai oleh suspek terbabit.

Kesemua suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan.


Sumber:Utusan Borneo

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan