Ilmu Akhir Zaman



Operasi Cermin Gelap Diteruskan – Abdul Aziz

PETALING JAYA: Operasi pemeriksaan cermin gelap kenderaan di seluruh negara masih akan diteruskan pada 16 Jun ini, kata Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu menafikan laporan baru-baru ini yang menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan cermin gelap.

Namun, katanya, operasi tersebut yang diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil kira kertas cadangan dari bengkel mengenai cermin gelap pada 2 Jun ini.

“Saya ingin jelaskan bahawa operasi masih diteruskan dan ia akan dilakukan di seluruh negara.

“Kami akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap ini,” katanya.

Beliau berkata, bengkel khas bagi tujuan itu akan melibatkan pelbagai jabatan berkaitan dan pelbagai lapisan masyarakat amat penting dalam memberi gambaran jelas mengenai operasi tersebut.

“Pemilik kenderaan mempunyai tempoh masa sehingga 15 Jun ini untuk menukar cermin gelap tersebut.

“Kami akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang perubahan pada peraturan sedia ada berdasarkan hasil yang diperoleh dari bengkel tersebut,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang mendakwa operasi pemeriksaan cermin gelap tidak akan diadakan secara besar-besaran.


Mstar



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan