BUNYI PENGGERA BAWA KEPADA PENANGKAPAN EMPAT LELAKI

CHERAS, 21 April - Empat lelaki yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun ditahan pihak polis petang tadi di Bukit Angsana, Cheras Selangor.

Kejadian berlaku semasa pihak polis yang sedang menjalankan tugas rondaan di Taman Tun Perak, Cheras telah terdengar bunyi penggera dari salah sebuah rumah berhampiran. Walau bagaimanapun semasa polis menghala ke rumah tersebut terlihat tiga lelaki meluru masuk ke sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di hadapan rumah dan terdapat seorang pemandu di dalamnya.

Polis yang mencurigai sesuatu telah mengejar kereta terbabit dan beberapa kali mengarahkan pemandu agar memberhentikan kereta, namun arahan tersebut tidak diendahkan malah pemandu kenderaan tersebut telah merempuh kereta peronda sebelum anggota polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan.
Akibat daripada tembakan tersebut pemandu kereta memberhentikan kenderaan dan cuba bertindak melarikan diri namun gagal. Keempat-empat lelaki berjaya ditahan polis.

Semakan polis mendapati kesemua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah. Kereta yang digunakan suspek telah dilaporkan hilang di Wangsa Maju pada Mac lalu. Suspek yang ditahan berumur 36 hingga 43 tahun.


SUMBER FB POLIS SELANGOR



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan