SEMBILAN PEMANDU MABUK DITAHAN DALAM OPS CANTAS DI KUCHING

Kuching, 20 April - Polis Kuching menahan sembilan individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Cantas di sini hari ini.

Ketua operasi DSP Amihizam Abdul Shukor berkata turut ditahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Lelaki itu ditahan selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah ketika memandu di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Menurut Amihizam, polis juga merampas 33 motosikal dan mengeluarkan 155 saman sepanjang operasi itu.


- BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan