DUA ANGGOTA POLIS CEDERA DITEMBAK LELAKI BERTATU HARIMAU

Kuala Lumpur, 11 April - Dua anggota polis cedera ditembak
seorang lelaki ketika melakukan rondaan di Taman Lembah Maju, Ampang pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, anggota polis berpangkat lans koperal yang berumur 26 tahun dan konstabel berumur 28 tahun dari Balai Polis Pandan Indah cedera parah dan dirawat di Hospital Ampang.

"Keadaan anggota terbabit kini stabil," katanya pada sidang media.

Beliau berkata kejadian berlaku apabila dua anggota tersebut terserempak dengan dua lelaki berumur sekitar 30-an yang bermotosikal dan dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika cuba didekati, dua lelaki itu segera melarikan diri dengan meninggalkan motosikal mereka sehingga memaksa anggota kami terpaksa mengejar suspek. Seorang anggota sempat menarik baju seorang suspek sehingga mendedahkan tatu bergambar harimau di belakangnya," katanya.

Abdul Rahim berkata bagaimanapun suspek dapat meloloskan diri sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat sehingga mengenai perut lans koperal tersebut dan bahagian ari-ari konstabel berkenaan.

Beliau berkata polis masih mengesan kedua-dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kongsi gelap berdasarkan tatu pada badan seorang daripada mereka.


"Hasil siasatan mendapati pistol yang digunakan suspek adalah jenis revolver sementara motosikal yang dinaiki mereka telah dicuri di Setapak tahun lepas," katanya. - BERNAMA




TIDAK GENTAR WALAUPUN BERDEPAN MUSIBAH DEMI KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

Gambar kanan menunjukkan salah seorang anggota polis yang cedera ditembak sedang menerima bantuan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.

Pihak polis kini sedang memburu suspek (lakaran gambar kiri) seorang lelaki berbangsa Cina bersama seorang lagi rakannya kerana menembak dua anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam kejadian pagi tadi di Taman Lembah Maju, Pandan Indah.


Pihak polis mengucapkan TERIMA KASIH kepada orang awam yang turut membantu mangsa di tempat kejadian.

SUMBER FB POLIS SELANGOR

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan