Semporna 13 April - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan sebuah bot pam dari selatan Filipina yang cuba memasuki perairan negara melalui laluan utara Pulau Pom-Pom awal hari ini.
Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata anggota unit tindakan khas dan polis marin di bawah pengawasan Esscom turut menahan empat lelaki yang berumur antara 27 dan 45 tahun yang menaiki bot berkenaan, dalam operasi khas kira-kira 4 pagi.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, keempat-empat lelaki berkenaan dikatakan bekerja sebagai nelayan yang berasal dari Pulau Sitangkai (Filipina) dan mereka sedang dalam perjalanan menuju ke Kampung Batu, berdekatan Kampung Simunul, Semporna.
"Mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi yang dibeli di Pekan Semporna dan dijual di selatan Filipina (Sitangkai). Bot pam itu juga dipenuhi dengan 'jericane' (tong) kosong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohammad berkata pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah 45,000 peso (kira-kira RM4,000) daripada kumpulan itu. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.