PENIAGA IKAN DIPENJARA 13 TAHUN KERANA MILIKI KANABIS

George Town, 1 April - Seorang peniaga ikan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memiliki dadah kanabis seberat 204.26 gram tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memerintahkan tertuduh Mohd Shaiful Saad, 32, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.

Mohd Shaiful dikenakan pertuduhan pindaan iaitu memiliki dadah jenis kanabis dengan berat tersebut pada 19 Mac 2013 pukul 9.40 pagi di rumah bernomber 69, Jalan Maju, Taman Abdullah Fahim, Kepala Batas.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.


Mohd Shaiful diwakili peguam Md Yusuf Md Idris manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar. - BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan