Bachok, 1 April - Polis menahan seorang bekas tentera kerana disyaki memiliki selaras senapang angin buatan sendiri di Gunung di sini, semalam.
Ketua Daerah Polis Bachok DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 5 pagi, Isnin.
"Polis juga turut merampas 76 biji bebola besi yang dipercayai dijadikan peluru senapang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata polis turut merampas sebilah pedang yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu kereta milik suspek.
Suspek ditahan reman selama empat hari mulai semalam, untuk disiasat mengikut Akta Senjata 1960 dan Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1953.- BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.