Klang - Polis menyerbu sebuah pub yang beroperasi tanpa lesen, sebelum menahan 19 pelayan pelanggan (GRO) warga asing di Bandar Baru Klang, di sini, kelmarin.
Serbuan oleh 10 anggota serta dua pegawai dari cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Selangor itu dilakukan pada jam 11.45 malam.
Ketika serbuan, kesemua GRO yang berpakaian seksi sedang asyik melayan lebih 30 pelanggan mereka, sebelum menyedari kehadiran polis.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 perempuan Thailand, lapan wanita Vietnam serta seorang wanita Indonesia berusia antara 19 hingga 38 tahun. Kesemua mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di premis hiburan tersebut.
Turut dirampas peralatan sistem audio, wang tunai RM392 serta empat keping bil tunai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji pekerja asing, Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan, dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor serta Seksyen 6( 1) (c) Akta Imigresen.
Sumber: Sinar Harian
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.