Kuala Lumpur, 12 April - Polis giat memburu seorang lelaki bertatu harimau di badannya dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV)susulan kes dua anggotanya ditembak di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata rakaman CCTV itu diperoleh daripada kedai berhampiran tempat kejadian.
"Suspek kelihatan jelas dalam rakaman itu, namun siasatan lanjut Unit Forensik perlu dilakukan bagi mengenal pasti identiti lelaki itu," katanya ketika ditemui pada program kepolisan komuniti di Ukay Perdana di sini, hari ini.
Menurutnya identiti lelaki berusia 30-an itu akan didedahkan dalam masa terdekat dan polis tidak menolak kemungkinan dia terlibat dengan kumpulan kongsi gelap yang aktif di sekitar Kuala Lumpur.
Dalam insiden 10.30 pagi itu, Lans Koperal Lional Richard Jr, 26, dan Konstabel Zullfadzly Atlah, 28, anggota peronda Balai Polis Pandan Indah, cedera akibat ditembak seorang lelaki ketika membuat rondaan.
Suspek dan seorang lagi lelaki bersamanya melarikan diri selepas tiga das tembakan dilepaskan ke arah kedua-dua anggota polis itu, yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Ampang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah berhubung seorang lelaki yang ditemui rentung dalam sebuah kereta BMW di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Desa di sini, awal pagi semalam.
Menurutnya punca kebakaran kira-kira 5 pagi itu dipercayai membabitkan aspek teknikal kenderaan terbabit.
"Lelaki berusia 30-an itu adalah bekas pegawai kesihatan di Perak dan merupakan pemilik kereta itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.